Darusysyifa Warrafahah semarakkan Ramadan

Darusysyifa Warrafahah semarakkan Ramadan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Seramai 40 orang ahli Darusysyifa Warrafahah menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Rumah Darusysyifa Manggis.

Majlis yang berlangsung kelmarin itu turut disertai oleh Yang Dipertua Darusysyifa, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah.

Pada majlis itu, Dato Paduka Ahmad Bukhari mengetuai bacaan doa khatam dan doa tahkim dibacakan oleh Haji Rosli bin Haji Batang.

Acara ini merupakan salah satu aktiviti Darusysyifa setiap bulan Ramadan dalam usaha menyemarakkan lagi bulan al-Mubarak ini dan majlis hari itu diteruskan dengan majlis bersungkai.

Antara ahli-ahli Darusysyifa yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran di Rumah Darusysyifa Manggis.
Antara ahli-ahli Darusysyifa yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran di Rumah Darusysyifa Manggis.