Darya Kishina menang rayuan

Darya Kishina menang rayuan

pg24_160816_olympic logo

RIO DE JANEIRO, 15 Ogos – Atlet sulung olahraga Rusia di Sukan Olimpik memenangi rayuannya untuk bertanding di Sukan Rio de Janeiro.

Mahkamah Timbang Tara bagi sukan memutuskan pagi ini bahawa atlet lompat jauh, Darya Kishina layak untuk turut serta dalam kelayakan esok.

Kishina adalah satu-satunya daripada 68 atlet Rusia yang diluluskan untuk mengambil bahagian di Rio oleh IAAF, besar kemungkinan kerana dia telah ditempatkan di luar Rusia sejak tiga tahun kebelakangan.

Namun badan induk sukan itu telah menggantungnya dari sukan Olimpik minggu lepas selepas menerima apa yang mereka katakan satu maklumat baru.

CAS telah memutuskan Kishina layak untuk bertanding kerana dia memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh IAAF.

Acara akhir lompat jauh dijadualkan berlangsung Rabu ini. – AP

 

ARTIKEL YANG SAMA