Dasar dua anak China mula diluluskan

Dasar dua anak China mula diluluskan

BEIJING, 1 Jan (AFP) – Pasangan suami isteri di China bermula hari ini akan dibenarkan untuk mempunyai dua orang anak, selepas bimbang dengan penduduk berusia yang semakin meningkat dan tenaga kerja berkurangan, yang membawa penamatan kepada dasar satu anak berkontroversi di negara itu.

Perubahan itu, yang diumumkan pada Oktober lalu oleh parti memerintah, Parti Komunis, berkuat kuasa 1 Januari 2016, lapor agensi berita rasmi Beijing, Xinhua pada hujung minggu.

“Dasar satu anak’ yang diperkenalkan dalam lewat 1970-an, mengetatkan kebanyakan pasangan suami isteri untuk hanya mempunyai seorang anak melalui sistem denda bagi mereka yang menyalahinya dan malah memaksa pengguguran janin.

Selama bertahun-tahun, pihak berkuasa mengatakan itu adalah penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi China dan telah menghalang 400 juta kelahiran.

Keluarga-keluarga di luar bandar dibenarkan mempunyai dua anak jika anak pertama adalah anak perempuan, manakala minoriti etnik dibenarkan mempunyai anak tambahan, yang mengakibatkan sesetengah pihak menggelarnya dasar ‘seorang setengah anak’.

Tetapi ia juga membawa kepada penamatan kekecewaan di atas kehilangan bagi bakal-bakal ibu bapa dan mengakibatkan pengguguran pemilihan jantina atau pembunuhan anak yang disasarkan ke atas anak perempuan kerana keinginan sosial berdekad-dekad lamanya pada anak lelaki.

Penduduk China – terbesar di dunia dengan bilangan 1.37 bilion – kini sudah banyak yang berumur dan telah menjejaskan keseimbangan jantina, sementara tenaga kerja di negara itu berkurangan.

Di bawah undang-undang baru, pasangan suami isteri kini dibenarkan mempunyai anak kedua, tetapi undang-undang mengekalkan had pada kelahiran tambahan.

Kira-kira tiga juta anak damit tambahan akan dilahirkan setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang dari perubahan ini, para pegawai dari Suruhanjaya         Perancangan Keluarga dan Kesihatan Negara meramalkan pada taklimat pada November lalu.

Ini akan menambah jumlah kira-kira 30 juta orang kepada tenaga kerja menjelang 2050, menurut para pegawai.

Masih, menurut pakar-pakar perubahan itu mungkin terlalu sedikit, terlalu lambat untuk menangani krisis penduduk China yang akan menjelma.

Yang lain memberi amaran bahawa kebanyakan suami isteri di China, tidak mahukan anak lagi, terutamanya memandangkan perbelanjaan, dan kesan daripada perubahan itu masih tidak jelas.

ARTIKEL YANG SAMA