Dasar visa baru Vietnam mudahkan pelancong China

Dasar visa baru Vietnam mudahkan pelancong China

HANOI, 12 Okt – Kumpulan pelancong China akan dapat tinggal di bandar sempadan Vietnam Mong Cai di wilayah Quang Ninh sehingga tiga hari tanpa memohon visa pelancong, menurut pihak berkuasa tempatan hari ini.

Kawasan utara Vietnam, Quang Ninh, yang bersempadan dengan China, telah melonggarkan keperluan visa untuk warga China bagi menggalakkan pelancong untuk melawat Mong Cai.

Peraturan baru itu dijadualkan berkuatkuasa pada awal 2017. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA