Data kapal selam bocor cetus kebimbangan keselamatan

Data kapal selam bocor cetus kebimbangan keselamatan

SYDNEY, 24 Ogos – Kontraktor pertahanan Perancis DCNS yang dibelenggu kebocoran data rahsia di kapal selamnya mungkin membimbangkan India, Malaysia dan Chile yang menggunakan bot berkenaan, lapor akhbar The Australian hari ini.

Data setebal 22,400 muka surat, yang dikatakan oleh akhbar telah melihat, membutirkan keupayaan penggempuran kapal selam DCNS kelas Scorpene untuk tentera laut India, jenis yang digunakan oleh Malaysia dan Chile.

Brazil juga dijangka menggunakan kapal tersebut mulai tahun 2018. Australia pada April menganugerahi DCNS kontrak berjumlah Aus$50 bilion untuk mereka dan membina kapal selam generasi akan dating.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull berusaha tidak mengheboh kesan kebocoran tersebut, berkata di Canberra bahawa sementara ia “membimbangkan,” Scorpene adalah model berlainan dengan kapal selam yang dibeli oleh Australia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA