Data kapal selam Perancis bocor ancam keselamatan

Data kapal selam Perancis bocor ancam keselamatan

SYDNEY, 26 Ogos – Satu kebocoran data rahsia mengenai kapal selam Perancis adalah memalukan, kata menteri Industri Pertahanan Australia hari ini, menekankan keselamatan di antara Australia dan pembina kapal DCNS adalah “yang paling sulit di dunia.”

Akhbar Australian melaporkan pada minggu ini bahawa ia telah melihat 22,400 muka surat yang bocor yang membutirkan keupayaan penggempuran kapal selam DCNS kelas Scorpene yang dibina untuk tentera laut India.

Kapal selam seumpama itu digunakan oleh Malaysia dan Chile, dengan Brazil dijangka menggunakan kapal tersebut mulai 2018.

Australia menganugerahi kontrak bernilai Aus$50 bilion kepada kontraktor Perancis DCNS pada April lalu untuk mereka dan membina kapal selam generasi akan datangnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA