Data kilang China meningkat setelah 4 tahun

Data kilang China meningkat setelah 4 tahun

HONG KONG, 14 Okt – Pasaran-pasaran Asia melonjak hari ini ekoran berita data-data kilang China meningkat buat kali pertama dalam tempoh lebih empat tahun, manakala kemangkatan raja Thailand mencetuskan pembelian murah selepas mengalami penjualan dalam hari-hari terakhir Baginda.

Beijing berkata indeks harga pengeluar meningkat bulan lalu selepas kejatuhan 54 bulan berturut-turut, mengatasi anggaran kejatuhan dan memberikan harapan yang amat diperlukan bagi ekonomi China sehari selepas jumlah dagangan yang melemahkan pasaran.

Firma-firma China telah selama bertahun-tahun dicengkam kejatuhan harga bagi barangan mereka di tengah kapasiti berlebihan yang kronik dan permintaan lemah yang melembapkan pertumbuhan dalam pemacu utama ekonomi dunia.

Harga-harga pengguna juga meningkat lebih daripada yang dijangkakan.

Para pelanggan China memilih sayur-sayuran di sebuah pasar raya di Jiujiang, wilayah Jiangxi timur China pada 14 Oktober. Harga barangan di kilang-kilang China meningkat buat pertama kali dalam masa empat tahun pada September. – AFP
Para pelanggan China memilih sayur-sayuran di sebuah pasar raya di Jiujiang, wilayah Jiangxi timur China pada 14 Oktober. Harga barangan di kilang-kilang China meningkat buat pertama kali dalam masa empat tahun pada September. – AFP

“Penamatan deflasi indeks harga pengeluar adalah tanda yang baik bagi kestabilan ekonomi,” Gao Yuwei, penyelidik Bank China di Beijing, memberitahu Bloomberg News.

Indeks harga pengeluar dijangka akan terus berkembang dalam bulan-bulan mendatang.”

Para peniaga di Asia menyambut baik berita tentang ekonomi nombor dua dunia itu dan pemacu utama perluasan sejagat, yang dalam kepayahan bertahun-tahun mengharungi pertumbuhan yang lembap.

Hong Kong menambah satu peratus di sebelah tengah hari dan Shanghai meraih 0.1 peratus, manakala Seoul meningkat 0.4 peratus dan Tokyo menambah 0.5 peratus. – AFP