Data pencemaran AS, Eropah dikeluarkan

Data pencemaran AS, Eropah dikeluarkan

NEW DELHI, 19 Mei (Xinhua) – India akan menerbitkan data pencemaran udara dari bandar–bandar utama di AS dan Eropah selepas mengistilahkan laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai pencemaran udara itu ‘memperdayakan’, media setempat melaporkan hari ini.

Times of India memetik menteri alam sekitar India, Prakash Javadekar sebagai berkata semalam bahawa India tidak lama lagi akan keluar dengan data pencemaran udara bagi bandar-bandar utama di seluruh AS dan Eropah jadi orang ramai tahu dengan keseluruhan gambaran itu.

Langkah itu bukanlah untuk menentang tetapi untuk membangkitkan kesedaran mengenai keadaan di negara–negara lain, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA