Dato Haji Mohd Jammy dilantik Pesuruhjaya Polis yang baru

Dato Haji Mohd Jammy dilantik Pesuruhjaya Polis yang baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam (gambar) dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor yang telah menamatkan kontrak perkhidmatannya sebagai Pesuruhjaya Polis.

Pelantikan Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy sebagai Pesuruhjaya Polis berkuatkuasa mulai hari ini, 29 Mei 2016.

pg01_160530_a

ARTIKEL YANG SAMA