Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew dilantik Pengerusi BEDB

Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew dilantik Pengerusi BEDB

pg02_151026_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Timbalan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah (gambar) selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).

Pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai Sabtu, 11 Muharram 1437 Hijrah bersamaan 24 Oktober 2015.

ARTIKEL YANG SAMA