Dato Paduka Haji Mohd Juanda dilantik Peguamcara Negara

Dato Paduka Haji Mohd Juanda dilantik Peguamcara Negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Setiausaha Tetap (Undang-undang dan Kesejahteraan) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Juanda bin Haji A. Rashid dilantik menjadi Peguamcara Negara di Pejabat Peguam Negara di samping tugas-tugasnya pada masa ini selaku Setiausaha Tetap (Undang-undang dan Kesejahteraan) di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Biro Mencegah Rasuah.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, tarikh lantikan tersebut berkuatkuasa pada Khamis 6 Rejab 1437H bersamaan 14 April 2016.