Dato Sheikh Adnan juara keseluruhan Gross golf Hari Guru

Dato Sheikh Adnan juara keseluruhan Gross golf Hari Guru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Dato Paduka Sheikh Adnan bin Sheikh Mohammad tampil juara keseluruhan Gross dalam Kejohanan Golf sempena sambutan Hari Guru kali ke-25 di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei di Berakas hari ini.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kejohanan tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Sementara itu, pemenang keseluruhan Nett dijuarai oleh Mohd Fauzi bin Haji Timbang, Gross Divisyen A dimenangi Sahfrin bin Mohd Noor, Gross Divisyen B oleh Mohd Razaleigh bin Haji Mohd Zain dan Gross Divisyen C pula dimenangi Abdullah bin Haji Ahad.

Dalam bahagian Nett pula, Divisyen A dimenangi oleh Farizan bin Haji Judin, Divisyen B dimenangi Dr. Adam bin Haji Jait dan Divisyen C menyaksikan Zanidi bin Haji Abdul Hamit tampil juara.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan piala juara keseluruhan Gross kepada Dato Sheikh Adnan.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyerahkan piala juara keseluruhan Gross kepada Dato Sheikh Adnan.

Pemenang lain ialah Haji Arpan Shahbudin yang memenangi bahagian Nett Senior manakala Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Juned pula tampil juara Nett VIP dan Lim Soon Bee pula unggul dalam bahagian Nett Jemputan dan Penaja.

Antara pemenang bahagian sampingan di kejohanan itu ialah Kadir Abdul Ghani, Zainidi bin Haji Abdul Hamid, Haji Ali Husaini, Haji Amirul Muslimin, Haji Anifa Nazree dan Azrin Aji.