Datuk Bandar Filipina tawar ganjaran kepada polis

Datuk Bandar Filipina tawar ganjaran kepada polis

MANILA, 20 Mei (AFP) – Bakal Datuk Bandar bagi bandar besar Filipina hari ini berkata dia menawarkan ganjaran kepada polis yang membunuh penjenayah, yang menambah lagi kebimbangan kematian luar bidang kehakiman di bawah peraturan presiden yang baru dilantik Rodrigo Denterte.

Tomas Osmena, bakal datuk bandar bagi bandar tengah Cebu berkata dia akan membayar anggota polis 50,000 peso bagi setiap penjenayah yang mereka bunuh dan 5,000 pesos bagi setiap penjenayah yang mereka cederakan.

“Jika kamu membunuh seorang penjenayah ketika bertugas (kamu akan diberi ganjaran), tiada soalan diajukan. Saya di sini untuk membantu polis bukan mendakwa mereka,” Osmena memberitahu AFP melalui telefon.

Janji Osmena dibuat selepas Duterte, datuk lama bagi bandar selatan Davao memenangi pilihan raya presiden pada 9 Mei lalu dalam tanah runtuh yang disebabkan platform peraturan dan undang-undang berkontroversi, berikrar untuk membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah.

Duterte berkara ketika kempen itu untuk memusnahkan jenayah dlalam tempoh tiga tahun dengan mendedahkan kepada pasukan perantaraan dengan arahan tembak bunuh.

Menurutnya 100,000 penjenayah akan mati dalam tindakannya dan begitu banyak mayat dibuang di Teluk manila, dan ikan di sana akan membesar dengan memakan mayat mereka.

Sejak memenangi pilihan raya, Duterte juga berkata dia akan mengembalikan hukuman mati gantung sebagai kaedah penghukuman mati yang disokongnya. Ditanya jika dia mengikut contoh Duterte, Osmena, anggota dari keluarga berpengaruh dan bekas datuk bandar Cebu, berkata “Saya tidak terdorong olehnya. Tetapi saya berpendapat beliau melakukan perkara yang betul.

Osmena berkata ganjaran itu tidak akan datang dari dana kerajaan tetapi tidak akan mendedahkan sumbernya.

Osmea telah pun memberi satu ganjaran minggu ini sebanyak 20,000 peso kepada seorang anggota polis Cebu yang telah mencederakan dua orang perompak dalam pertempuran bersenjata.

ARTIKEL YANG SAMA