Datuk bandar Mexico dibunuh sehari selepas bertugas

Datuk bandar Mexico dibunuh sehari selepas bertugas

CUERNAVACA, 3 Jan (AFP) – Beberapa lelaki bersenjata menyerbu masuk rumah Datuk Bandar Mexico yang baharu dipilih dan menembaknya sehingga mati selepas beberapa jam memulakan tugas, kata polis.

Gisela Mota, 33, bekas ahli Kongres berhaluan kiri ditembak mati kurang 24 jam selepas mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat di bandar Temixco, kira-kira 90 kilometer (55 batu) dari ibu negara Mexico City.

Bandar Temixco dihimpit kegiatan jenayah terancang dan pengedaran dadah yang serius dan menjadi antara agenda datuk bandar untuk membersihkan imej kawasan berkenaan.

Anggota polis dan forensik membuat siasatan di rumah Gisela Mota. - Reuters
Anggota polis dan forensik membuat siasatan di rumah Gisela Mota. – Reuters