Datuk didakwa tikam cucu hingga mati

Datuk didakwa tikam cucu hingga mati

SYDNEY, 8 Jan (AFP) – Polis Australia hari ini mendakwa seorang lelaki berketurunan Cina di Brisbane kerana menikam mati cucu perempuannya yang berusia dua bulan dan cubaan membunuh isteri dan anak perempuannya.

Pihak polis berusaha memastikan motif penikaman itu, yang berlaku di bandar timur Australia Rabu lalu dan mengundang kebingungan komuniti.

Tetapi mereka mengesahkan hari ini bahawa dakwaan itu telah dibuat ke atas lelaki itu, yang juga cedera teruk dalam kejadian itu dan telah dibawa ke hospital.

“Lelaki berusia 52 tahun itu didakwa dengan satu pertuduhan membunuh dan dua pertuduhan cubaan membunuh,” polis Queensland berkata dalam kenyataan tanpa mendedahkan nama lelaki itu.

“Perbicaraan yang diadakan di sisi katil diadakan tengah hari ini di hospital dan lelaki itu ditahan reman.”

“Kedua-dua datuk dan nenek itu membuat perjalanan percutian dari China untuk membantu keluarga apabila ibu anak damit itu kembali bekerja di sebuah bank, menurut Perbadanan Penyiaran Australia.

Ibu anak damit itu dilaporkan menimbulkan kekecohan, berlari ke rumah jiran-jiran selepas tangannya ditikam dan bertanya di mana anaknya berada.

Apabila polis tiba di tempat kejadian kira-kira 2:30 petang, mereka menemui dua wanita dan anak damit itu berlumuran darah manakala lelaki itu juga cedera.

Anak damit yang dilaporkan ditikam dalam basinet, meninggal dunia tengah hari itu.

ARTIKEL YANG SAMA