David Beckham lelaki paling seksi

David Beckham lelaki paling seksi

LOS ANGELES, 19 Nov (AFP) – Legenda bola sepak dunia, David Beckham (gambar) dinobatkan sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People, sekali gus menyertai kelab elit termasuk pemenang tahun lalu, Chris Hemsworth dan beberapa lagi lelaki pilihan.

Pengumuman itu dibuat dalam rancangan TV ABC, ‘Jimmy Kimmel Live’ di mana muka hadapan majalah yang memaparkan muka Beckham itu dipertontonkan.

“Ia adalah saat yang paling menggembirakan dalam kerjaya. Saya tidak boleh percaya,” kata Beckham sambil berjenaka dengan penonton menerusi panggilan video.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang membawa saya ke dunia ini. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pendandan rambut, pereka fesyen saya dan juga Photoshop,” katanya.

Identiti legenda bola sepak berusia 40 tahun itu hanya didedahkan selepas hos rancangan Jimmy Kimmel menyuruh penonton rancangan itu meneka pemenang pada tahun ini. “Adakah Taylor Swift pernah membuat lagu mengenai anda?” tanya seorang penonton.

BRITAIN/

Selepas identiti Beckham didedahkan, penonton sudah mengetahui bahawa beliau adalah seorang atlet yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, mempunyai loghat dan dua tatu serta tidak pernah dimasukkan ke penjara. Beckham menerima cermin kecil sebagai ganjaran.

“Saya tidak pernah rasa saya seorang yang menarik, seksi,” kata Beckham kepada majalah People.

“Saya suka memakai pakaian yang kemas dan elok… kelihatan dan rasa bagus, tetapi saya tidak pernah memikirkan diri saya dengan cara itu (seksi).”

Beckham yang berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham mengikuti jejak pemenang tahun lalu iaitu pelakon berasal dari Australia, Hemsworth. Anugerah itu yang memasuki tahun ke-30 sebelum ini pernah dimenangi Bradley Cooper, Matt Damon, Harrison Ford, Brad Pitt, Tom Cruise dan Mel Gibson.

ARTIKEL YANG SAMA