David Moyes bakal dipecat lagi

David Moyes bakal dipecat lagi

MADRID, 9 Nov (Agensi) – David Moyes bakal dipecat oleh Real Sociedad selepas aksi tidak menentu pasukan berkenaan sehingga menghuni kedudukan terbawah liga.

Jurulatih berusia 52 tahun itu sebelum ini dipecat oleh Manchester United selepas gagal melayakkan pasukan itu ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Moyes kemudian dilantik sebagai pengurus Sociedad apabila kelab itu memecat Jagoba Arrasate.

Bagaimanapun, kelab tersebut bersedia untuk memecat Moyes apabila Sociedad tewas kepada Las Palmas dan menghuni kedudukan yang bakal menyingkir mereka ke liga bawahan.

Presiden Sociedad, Jokin Aperribay telah mempengerusikan mesyuarat penting untuk memutuskan masa depan Moyes di kelab berkenaan.

David Moyes. – AFP
David Moyes. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA