Day bersaing di Terbuka Australia

Day bersaing di Terbuka Australia

SYDNEY, 29 Jun (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Jason Day hari ini berkata dia akan pulang untuk beraksi dalam Terbuka Australia pada tahun ini, sehari selepas menjadi pemain golf terbaru untuk menarik diri dari Olimpik.

Pemain dari Australia itu tidak membuat pukulan di Terbuka negaranya sejak 2013 kerana kecederaan dan isu keluarga dan akan bersama pemain nombor dua dunia, Jordan Spieth.

“Terbuka Australia memberikan tempat yang istimewa di hati saya dan saya mahu meletakkan nama saya ke atas trofi itu pada satu hari nanti diharap pada November ini,” kata Day dalam kenyataan.

“Kecederaan dan komitmen keluarga menjadikannya mustahil bagi saya sejak kebelakangan ini, tetapi ia adalah pertandingan yang selalu saya dambakan, seperti saya mengetahui sebahagian dari sukan hebat sepanjang tahun.”

Apabila Day kali terakhir beraksi di Sydney, dia menamatkan kedudukan keenam di belakang pemenang Rory McIlroy. Spieth memenanginya pada tahun berikut bersama juara 2015 Matt Jones dari Australia.

Jason Day mengesahkan bahawa dia akan menyertai Terbuka Australia tahun ini. – AP
Jason Day mengesahkan bahawa dia akan menyertai Terbuka Australia tahun ini. – AP

“Saya pasti orang ramai akan menjadi ramai lagi pada November, saya tidak sabar menunggu untuk pulang dan memberikan yang terbaik,” tambah Day.

Komitmen kepada Terbuka di negaranya menyusul keputusannya semalam untuk tidak beraksi dalam Olimpik Rio kerana ketakutan terhadap virus Zika.

Ancaman virus bawaan nyamuk itu, yang boleh membawa kepada kecacatan kelahiran, dipetik sebagai alasan bagi pengunduran oleh beberapa orang pemain golf termasuk pemenang utama, McIlroy, Louis Oosthuizen, Graeme McDowell dan Charl Schwartzel, ketika sukan itu kembali ke Olimpik buat kali pertama sejak 1904.

“Saya selalu meletakkan keluarga saya di depan dari segalanya dalam kehidupan saya,” kata Day, yang memiliki anak lelaki, Dash, empat tahun, dan anak perempuan berusia tujuh bulan, Lucy.

Jawatankuasa Olimpik Australia hari ini berkata ia menghormati keputusannya.

“Dia adalah ketua keluarga dan meletakkan keluarganya menjadi keutamaan,” kata AOC.

Australia dilangsungkan di Royal Sydney Golf Club bermula dari 17 November.

ARTIKEL YANG SAMA