Day hampiri McIlroy, Spieth

Day hampiri McIlroy, Spieth

LONDON, 3 Sept (AFP) – Kemenangan Jason Day dalam kejohanan Barclays pada Ahad lalu telah membantunya untuk merapatkan jurang mata antaranya dengan Rory McIlroy dan Jordan Spieth yang menghuni dua tempat teratas dalam ranking golf dunia.

Pemain dari Australia itu, bermain untuk kali pertama sejak memenangi gelaran besar pertamanya apabila menjuarai Kejohanan PGA, kini mengumpul 10.99 mata, hanya 1.36 mata di belakang pemain nombor satu dunia McIlroy.

Jaguh dari Ireland Utara itu mendapat semula kedudukan teratas daripada Spieth selepas juara kejohanan Masters dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu tersingkir awal dalam kejohanan Barclays.

Mereka bertiga akan menyertai beberapa kejohanan pada penghujung musim PGA yang boleh menentukan siapa yang akan menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia.

Kemenangan Jason Day di Barclays 30 Ogos lalu, membantu merapatkan kedudukannya dengan pemain No.1 dunia. – Reuters
Kemenangan Jason Day di Barclays 30 Ogos lalu, membantu merapatkan kedudukannya dengan pemain No.1 dunia. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA