Day kejar kejayaan di Terbuka Kanada

Day kejar kejayaan di Terbuka Kanada

MONTREAL, 22 Julai – Pemain rangking teratas Australia, Jason Day kembali pada pertandingan di mana dia melancarkan tahun terhebat sepanjang kerjayanya dan berharap mengulanginya sebagai juara Terbuka Kanada.

Pemain itu, 28, adalah di antara pemain pilihan di Glen Abbey di Oakville, Ontario, minggu ini selepas menewaskan juara dua kali Masters, Bubba Watson dengan satu strok pada tahun lepas.

Ia bermula dengan tujuh kejayaan Day dalam tempoh 12 bulan, termasuk gelaran pertamanya pada Kejuaraan PGA tahun lepas, kejayaan yang cuba untuk dipertahankannya minggu depan di Balutsrol.

“Saya mahu memenangi segalanya dari sini, kata Day semalam. ‘Anda perlu mahukannya lebih berbanding pemain seterusnya.”

Day ketika beraksi pada pusingan pertama pada kejohanan golf Terbuka Kanada di Abbey Glen di Oakville, Ontario, semalam. – AP
Day ketika beraksi pada pusingan pertama pada kejohanan golf Terbuka Kanada di Abbey Glen di Oakville, Ontario, semalam. – AP

Day, yang menarik diri dari Olimpik Rio kerana kebimbangan virus Zika, disusuli dengan kejayaan pada Barclays tahun lepas dan Kejohanan BMW ketika playoff PGA AS dan tiga lagi gelaran pada tahun ini di Arnold Palmer Invitational, World Golf Championship Match Play dan Players Championship. Dan BMW, gelaran Palmer dan Players adalah kejayaan berturut–turut.

“Saya merasa yakin sekarang,’ kata Day. ‘Saya telah bermain golf dengan baik. Saya tahu jika saya boleh mengekalkan kemenangan, yang cuba untuk menguasai segalanya.” – AP