Day menang di The Barclays

Day menang di The Barclays

EDISON, AS, 31 Ogos (AFP) – Jason Day meraih kemenangan dengan kelebihan enam pukulan pada saingan The Barclays untuk merampas pendahuluan kejohanan play-off Piala FedEx.

Pemain dari Australia itu yang menamatkan siri kekecewaan dalam saingan major dengan kemenangan Grand Slam pertama pada Kejuaraan PGA bulan lalu, mempamerkan kehebatan untuk meraih kemenangan bergaya.

Beliau melakukan lapan birdie untuk catatan lapan di bawah par 62 untuk keseluruhan 19 di bawah 261 di Plainfield Country Club.

Day bersama anak dan isterinya bergambar dengan trofi selepas mengungguli kejohanan The Barclays semalam. – AFP
Day bersama anak dan isterinya bergambar dengan trofi selepas mengungguli kejohanan The Barclays semalam. – AFP

Beraksi hebat di atas green, Day melakukan pukulan birdie dari jarak 28 kaki atau lebih di lubang ke-10, ke-14 dan ke-15 dalam saingan pertama daripada empat kejohanan playoff pengakhiran musim itu.

Pemain dari Sweden, Henrik Stenson, di tempat kedua selepas catatan 66 pukulan untuk keseluruhan 267. Juara Masters dua kali, Bubba Watson di tempat ketiga selepas catatan 69 pukulan untuk keseluruhan 269.

ARTIKEL YANG SAMA