Day menang Terbuka Kanada

Day menang Terbuka Kanada

TORONTO, Kanada, 27 Julai (AFP) – Jason Day mencatatkan birdie pada tiga lubang terakhir dalam laluan untuk selesai empat bawah 68 bagi memenangi Terbuka Kanada, mengatasi David Hearn dan Bubba Watson dalam persaingan pusingan akhir semalam.

Pemain dari Australia berusia 27 tahun itu mencatatkan 27 foot birdie putt pada lubang ke-18 untuk selesai 17 bawah 271 dan menewaskan juara Masters dua kali, Watson (69) dengan satu pukulan dalam Jelajah PGA AS yang menawarkan ganjaran AS$5.8 juta.

“Tidak ada perasaan yang lebih baik berbanding datang dan bersaing dengan pemain ini. Ia kembali dan keluar sepanjang hari,” kata Day. “Inilah kemenangan keempat sepanjang kerjaya saya dan saya berbangga untuk menjadi juara Terbuka Kanada.”

Pilihan ramai, Hearn mencatatkan par 72 dan selesai di tempat ketiga bersendirian, ketinggalan dua pukulan di belakang Day ketika dia terlepas menjadi warga Kanada pertama untuk memenangi pertandingan itu dalam tempoh 61 tahun.

Jason Day meraikan kejayaan mengungguli Terbuka Kanada bersama isterinya Ellie dan anaknya Dash di Kelab Golf Glen Abbey di Oakville, Kanada semalam. – AFP
Jason Day meraikan kejayaan mengungguli Terbuka Kanada bersama isterinya Ellie dan anaknya Dash di Kelab Golf Glen Abbey di Oakville, Kanada semalam. – AFP

Watson dari AS juga menghampiri dengan sembilan birdie di Glen Abbey Golf Club, di mana dia dan Day melepasi pendahulu pusingan ketiga Hearn, yang mengetuai pusingan semalam.

Day, yang keluar daripada persaingan bagi kali keempat di Terbuka British, menjadi pemain Australia ketiga memenangi acara ini untuk menyertai Gren Norman (1984 dan 1992) dan Nathan Green (2009).

Day memasukkan bola 12 foot putt bagi birdie di atas par empat lubang ke-17 untuk mendahului Hearn di bawah 16 dan kemudian melengkapkan kemenangan dengan bergaya setelah mencatatkan 20 footer pada lubang ke-72.

Watson berpeluang untuk mengheret persaingan ke dalam play-off di lubang ke-18 tetapi eagle dari green lubang ke-18 terlepas.

Hearn, yang berharap untuk menjadi Canuck pertama memenangi Terbuka Kanada sejak Pat Fletcher pada 1954, menyaksikan birdie putt lubang terakhir terkeluar, sekali gus berkongsi tangga kedua.