Day pertahankan kejuaraan Dis depan

Day pertahankan kejuaraan Dis depan

NAPLES, Amerika Syarikat, 23 Okt (AFP) – Pemain rangking teratas dari Australia, Jason Day dan Cameron Tringale dari AS akan mempertahankan gelaran mereka pada pertandingan Franklin Templeton Shootout ke-27 pada Disember depan, hos World Golf Hall of Fame, Greg Norman mengumumkan semalam.

Seramai 24 pemain didedahkan bagi pertandingan yang diadakan pada 10-12 Disember itu di Tiburon Golf Club tetapi dua pemain tersebut tidak diumumkan, kecuali menyatakan bahawa Day dan Tringale akan mempertahankan gelaran yang mereka menangi dengan satu strok tahun lepas ke atas juara 2003, Harris English dan Matt Kuchar.

Barisan melibatkan Day dan enam pemain dari 30 pemain terbaik dalam rangking dunia, termasuk Kuchar, Zach Johnson, J.B. Holmes, Patrick Reed, Billy Horschel dan Brandt Snedeker.

Danny Lee dari New Zealand adalah diantara lima pemain yang pertama kali beraksi, kumpulan itu juga melibatkan Dnaiel Berger, Charley Hoffman, Hunter Mahan dan Patrick Rodgers dari AS.

Pemenang lalu yang kembali ke pertandingan itu melibatkan Graeme McDowell dari Ireland Utara, Mike Weir dari Kanada, Reteif Goosen dari Afrika Selatan dan Jason Duffer dari AS. Juga beraksi adalah Chrles Howell, Kenny Perry, Sean O’Hair, Steve Stricker, Gary Woodland dari AS dan Rory Sabbatini dari Afrika Selatan.

Pertandingan itu juga memperkenalkan format Scramble semalam, format Pukulan Berganti yang diubahsuai hari ini dan format Better Ball dalam pusingan akhir esok.

ARTIKEL YANG SAMA