Day rangkul kejuaraan PGA

Day rangkul kejuaraan PGA

KOHLER, AS, 17 Ogos (AFP) – Pemain Australia, Jason Day menjuarai Kejohanan PGA dengan bergaya apabila memenangi grand slam pertama itu dengan catatan 20 di bawah par keseluruhan, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kejohanan utama.

Day mencatat lima di bawah 67 pada pusingan akhir di Lapangan Whistling Straits dengan keseluruhan 20 di bawah par 268 – memecahkan rekod kemenangan terendah yang dicatatkan oleh Tiger Woods iaitu di bawah 19 ketika Terbuka Britisih pada 2000.

Daripada catatan birdie di bunker pada lubang kedua, Day tidak pernah memandang ke belakang untuk meninggalkan pencabar terdekat, juara Masters dan Terbuka Amerika Syarikat, Jordan Spieth dan pencabar lain sehingga ke lubang terakhir.

Spieth pula mencatatkan empat di bawah par 69 dan 17 di bawah 271 keseluruhan, untuk mengatasi pemain England, Justin Rose dan pemain Afrika Selatan, Branden Grace untuk menduduki tempat kedua dan sekali gus merampas kedudukan nombor satu dunia daripada Rory McIlroy.

“Menjadi pemain nombor satu dunia, adalah menakjubkan,” kata Spieth. “Tentunya, ia adalah impian seumur hidup saya, dan hari ini saya berjaya menggapainya,”

Day bergambar bersama trofi selepas mengungguli kejuaraan PGA semalam. – Reuters
Day bergambar bersama trofi selepas mengungguli kejuaraan PGA semalam. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA