Day takluk trofi BMW, kini No.1 dunia

Day takluk trofi BMW, kini No.1 dunia

CHICAGO, 21 Sept (AFP) – Pemain Australia, Jason Day menjuarai saingan golf Kejohanan BMW semalam untuk sekali gus merampas kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia dari genggaman Rory McIlroy.

Juara PGA berusia 27 tahun itu merangkul kejuaraan kelimanya musim ini dan mencatat sejarah menjadi pemain Australia ketiga berada di puncak dunia golf selepas Greg Norman dan Adam Scott.

Berada pada kedudukan tangga ketiga sebelum turun untuk memenangi kejohanan itu, Day melonjak ke tempat pertama ranking dunia dengan memintas juara Masters, Jordan Spieth dan McIlroy.

Pada pusingan final hari ini, dia mencatatkan dua bawah par 69 untuk keseluruhan catatan 22 di bawah 262, sekali gus kelebihan enam pukulan dengan pesaing terdekatnya, pemain Amerika Syarikat (AS), Daniel Berger.

Kejohanan BMW tersebut menyediakan hadiah wang tunai berjumlah AS$8.25 juta.

Jason Day meraikan kejayaan bersama-sama anak lelaki Dash dan isterinya Ellie selepas kemenangan pusingan akhir Kejohanan BMW di Kelab Golf Conway Farms pada 20 September 2015 di Lake Forest, Illinois. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA