Dayang Azilla dilantik Presiden Asian Law Students’ Association

Dayang Azilla dilantik Presiden Asian Law Students’ Association

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Dayang Azilla Liyana binti Mohd Azam Zaki, mahasiswi undang-undang, tahun tiga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah dilantik sebagai presiden baru Persatuan Pelajar Undang-undang Asian (ALSA) bagi sesi 2015/2016.

Beliau adalah antara tujuh pelajar pengajian undang-undang UNISSA yang dilantik sebagai ahli lembaga baru ALSA bagi sesi 2015/2016.

Mereka menerima sijil pelantikan masing-masing yang disampaikan oleh Rektor UNISSA Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Persatuan Pelajar Undang-undang Asian (Asian Law Students’ Association – ALSA) adalah sebuah persatuan pelajar yang keanggotaannya melibatkan penyertaan dari seluruh pelosok Asia.

Di antara pelajar UNISSA yang menyertai Persatuan Pelajar Undang-undang Asian (ALSA).
Di antara pelajar UNISSA yang menyertai Persatuan Pelajar Undang-undang Asian (ALSA).

ALSA ditubuhkan oleh pelajar kursus undang-undang untuk mengembangkan rangkaian mereka dan membangunkan masyarakat di rantau Asia. Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli ALSA sejak tahun 2010 dan melibatkan pelajar-pelajar kursus undang-undang dari UNISSA.

Antara aktiviti ALSA yang telah dijalankan ialah dengan ikut serta dalam menghadiri acara-acara antarabangsa seperti persidangan atau forum di Indonesia, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Sri Lanka. Ahli ALSA juga terlibat secara aktif mengambil bahagian dalam pertandingan mahkamah olok-olok, debat dan perbincangan meja bulat.

ARTIKEL YANG SAMA