Dayang Hazirah pemenang Kuiz She Runs

Dayang Hazirah pemenang Kuiz She Runs

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Dayang Hazirah binti Haji Awang Hamdan telah memenangi hadiah pertama Kuiz She Runs berupa tiket penerbangan ke Kota Kinabalu berserta baucar dari WoMen Hair Salon. Penyerahan hadiah tersebut telah diadakan hari ini di Fitness Zone, Kiulap.

Seramai 49 orang telah memenangi hadiah di dalam Kuiz She Runs yang diterbitkan melalui Borneo Bulletin dan Media Permata. Lima pemenang di tempat kedua telah membawa pulang alat penimbang dan baucar keahlian selama dua minggu daripada Fitness Zone. Manakala tiga orang di tempat ketiga telah memenangi juadah karbohidrat rendah yang telah ditaja oleh Energy Kitchen serta kek hari jadi dari Bake Culture.

Selain itu, terdapat juga hadiah saguhati berupa barangan eksklusif BMW dan Brunei Press Sdn Bhd.

Hadir bagi menyampaikan hadiah adalah wakil daripada Brunei Press, Fitness Zone, Bake Culture, The Energy Kitchen, WoMen, dan BMW.

Brunei Press diwakili Pengurus Besarnya, Reggie See, Fitness Zone diwakili, Pengarah Urusan nya, Wu Chun manakala BMW diwakili Pengurus Pemasaran nya, Dayang Siti Salwa binti Haji Mustapa.

Reggie See dan Wu Chun bergambar dengan pemenang hadiah utama Kuiz She Runs, Dayang Hazirah.
Reggie See dan Wu Chun bergambar dengan pemenang hadiah utama Kuiz She Runs, Dayang Hazirah.
Siti Salwa menyampaikan hadiah cenderahati BMW kepada salah seorang pemenang.
Siti Salwa menyampaikan hadiah cenderahati BMW kepada salah seorang pemenang.
Reggie See (tujuh kiri) dan Pengurus Kanan Kewangan Brunei Press, Suzie Huong (tujuh kanan) bergambar ramai bersama para pemenang dan cenderahati Brunei Press mereka.
Reggie See (tujuh kiri) dan Pengurus Kanan Kewangan Brunei Press, Suzie Huong (tujuh kanan) bergambar ramai bersama para pemenang dan cenderahati Brunei Press mereka.

Sebanyak 2,200 penyertaan telah diterima bagi peraduan kuiz berkenaan.

Brunei Press, penerbit akhbar Media Permata dan juga Borneo Bulletin, telah mengadakan Kuiz She Runs, disokong oleh para penaja terdiri daripada Fitness Zone, Penerbangan Diraja Brunei, Bake Culture, The Energy Kitchen, WoMen, Tanita dan juga BMW.

Wu Chun ketika ditemu bual Media Permata, jumlah penyertaan tersebut amat mengejutkan dan meriah.

“Daripada penyertaan ini, kami dapat mengetahui betapa ramainya orang di luar sana tertarik dengan acara ini dan dengan kehadiran orang ramai ke majlis penyampaian hadiah adalah penutup yang sangat baik bagi She Runs kerana ia menunjukkan bahawa mereka benar-benar menyokong acara berkenaan,” jelas Wu Chun.

“Pada ketika ini, kami sedang mengira jumlah wang yang telah dikutip hasil daripada acara She Runs.

“Selepas itu, kami akan mengadakan majlis penghargaan di mana kami akan menyampaikan cek kepada YASKA (Yayasan Kanser Kanak-Kanak) dan juga SOBD (Ollimpik Khas Brunei Darussalam).

“Sudah setentunya ianya melebihi kutipan yang kami terima pada tahun lepas iaitu sebanyak $55,000,” tambah beliau lagi.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana acara She Runs pada tahun ini lebih berjaya berbanding dengan kejayaan pada tahun lepas. Ini kerana mereka dapat pengalaman daripada She Runs tahun lepas.

“Pada tahun ini, acara telah berjalan lebih lancar, lebih ramai yang menyertainya, dan kami menerima banyak maklum balas yang positif dari media sosial. Oleh yang demikian, ia memberikan kami lebih dorongan untuk melakukannya lebih baik di acara She Runs pada tahun depan.”

Bagi beliau, perkara yang paling penting adalah sokongan daripada para penaja.

“Tanpa mereka, kami tidak akan berupaya untuk menjalankannya dengan lancar kerana acara sebegini memerlukan kerja berpasukan.”

ARTIKEL YANG SAMA