Dayang Siti Hajar dibantu

Dayang Siti Hajar dibantu

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 5 Julai Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong dengan kerjasama Persatuan Saudara-saudara Baru Tutong (PESATU) dan Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) telah menceriakan seorang warga emas dengan menghulurkan bantuan makanan dan pakai-an bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Penyampaian sumbangan kepada Dayang Siti Hajar binti Abdullah di Kuala Tutong telah diadakan petang tadi dan disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt. Haji Chipli bin Haji Mohamad bagi mewa-kili Daerah Polis Tutong; Yang Di-Pertua PESATU, Haji Hasbir Azrol bin Abdullah Liat dan Ahli Urus Setia SUKA, Awang Saifulbahri bin Haji Umarali.

Turut hadir ialah Pemangku Penghulu Pekan Tutong, Haji Momin bin Haji Abdul Razak dan Pengerusi SUKA, Haji Murad bin Haji Abdul Hadi.

Tujuan sumbangan tersebut adalah bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan keluarga serta dapat menyediakan keperluan mereka semasa menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Supt. Haji Chipli bagi mewakili Daerah Polis Tutong menyampaikan sumbangan kepada Dayang Siti Hajar.
Supt. Haji Chipli bagi mewakili Daerah Polis Tutong menyampaikan sumbangan kepada Dayang Siti Hajar.
Bergambar ramai di hadapan rumah Dayang Siti Hajar di Kuala Tutong.
Bergambar ramai di hadapan rumah Dayang Siti Hajar di Kuala Tutong.

Pada masa ini, Dayang Siti Hajar yang berusia 67 tahun, hanya mengharapkan duit pencen tua sebanyak $250 sebulan bagi menampung kehidupannya, yang mana beliau masa ini tinggal bersama anak bungsunya di rumah mereka yang sudah pun berusia lebih 30 tahun dan kelihatan
usang.

Baru-baru ini, kisah rumah usang yang didiami beliau telah menjadi viral di laman sosial dan membuka mata orang ramai.

Dayang Siti Hajar yang mempunyai tujuh orang anak menjelaskan, walaupun beliau sudah diajak berkali-kali oleh anaknya untuk tinggal bersama mereka, namun beliau masih lagi sayang dan tidak ingin meninggalkan rumah tersebut.

Dalam pada itu, beliau melahirkan perasaan bersyukur dan gembira kerana ada pihak yang berkesudian memberikan sumbangan kepadanya dan ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan itu.

ARTIKEL YANG SAMA