#DB Pagar juara cabaran Red Bull

#DB Pagar juara cabaran Red Bull

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Pasukan #DB Pagar muncul pemenang Cabaran Red Bull Human Foosball pusingan keempat yang diadakan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pengarah Pemasaran Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Kevin Robin Jon.

Muncul di tempat kedua ialah Pasukan Samut Kuning Yellow dan Pasukan Terunjynga FT di tempat ketiga.

Kejohanan yang diadakan bersempena dengan ulang tahun Red Bull ke-10 itu merupakan anjuran bersama dengan Kolej Perdagangan Laksamana di mana kejohanan itu akan menyaksikan tiga lagi siri kejohanan sehingga 18 Disember ini sebelum pertandingan kemuncak di Pesta Pengguna yang bakal diadakan pada 20 hingga 22 Januari 2017 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas nanti.

Pasukan #DB Pagar bergambar ramai bersama pemenang tempat kedua dan ketiga Cabaran Red Bull Human Foosball pusingan keempat.
Pasukan #DB Pagar bergambar ramai bersama pemenang tempat kedua dan ketiga Cabaran Red Bull Human Foosball pusingan keempat.