DBP anjur pelbagai aktiviti

DBP anjur pelbagai aktiviti

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 22 Mac – Bersempena cuti penggal persekolahan ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Tutong kini mengadakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung-pengunjung dan ahli-ahli, khususnya kanak-kanak dan remaja di daerah berkenaan.

Aktiviti ini bertujuan mengisi masa lapang kanak-kanak dan muda-mudi sempena cuti penggal persekolahan, mendedahkan mereka kepada kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan dalam perpustakaan dan sentiasa mendampingi perpustakaan untuk mencari serta menimba ilmu pengetahuan.

Antara aktiviti yang dijalankan pagi tadi ialah mencantum gambar bagi kanak-kanak dan muda-mudi.

Beberapa aktiviti akan diteruskan sehingga 26 Mac ini, seperti aktiviti mari bercerita dan kuiz bagi kanak-kanak dan tulisan rumi cantik bagi remaja pada 23 Mac manakala 24 Mac akan diadakan aktiviti kraf tangan dan 26 Mac aktiviti mewarna.

Aktiviti mencantum gambar yang dijalankan, kelmarin.
Aktiviti mencantum gambar yang dijalankan, kelmarin.

pg10_160323_b

Kanak-kanak dan remaja khususnya ahli Perpustakaan DBP adalah dialu-alukan hadir bagi mengikuti beberapa aktiviti yang menarik di samping menimba pengalaman dan dapat meluangkan masa cuti mereka dengan teman-teman baru.

ARTIKEL YANG SAMA