DBP anjur pelbagai aktiviti

DBP anjur pelbagai aktiviti

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 7 Dis – Bagi mengisi masa lapang kanak-kanak dan muda-mudi sempena cuti penggal persekolahan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), cawangan Tutong, telah dan akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi pengunjung perpustakaan dan ahli-ahli, khususnya yang tinggal di daerah berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan di perpustakaan itu, pagi tadi, ialah pertandingan mewarna yang dibukakan kepada tiga kategori iaitu Kategori Muda-mudi, Kategori A untuk kanak-kanak yang berumur enam hingga lapan tahun dan Kategori B bagi kanak-kanak yang berumur sembilan hingga 11 tahun.

Aktiviti akan diteruskan lagi esok dengan aktiviti kraf tangan pada sebelah pagi, diikuti dengan aktiviti lawatan khusus bagi peserta muda-mudi serta aktiviti menyanyi bersama khusus bagi peserta kanak-kanak pada 9 Disember ini.

Menurut salah seorang pegawai DBP cawangan Tutong yang bertugas, aktiviti bersempena musim cuti persekolahan yang berakhir pada 10 Disember ini akan dimeriahkan dengan aktiviti sukan ria bagi ahli-ahli dan pengunjung perpustakaan.

Menerusi aktiviti sukan ria itu nanti, beberapa acara sukan akan dijalankan, di samping penyampaian hadiah kepada para peserta yang mengikuti dan memenangi aktiviti di sepanjang musim cuti persekolahan. Aktiviti juga bertujuan mendedahkan mereka kepada kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan serta mendorong mereka untuk sentiasa mendampingi perpustakaan bagi mencari dan menimba ilmu pengetahuan.

Semasa aktiviti mewarna yang diadakan di Perpustakaan Daerah Tutong.
Semasa aktiviti mewarna yang diadakan di Perpustakaan Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA