DBP ceriakan musim cuti sekolah

DBP ceriakan musim cuti sekolah

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 8 Sept – Sempena musim cuti persekolahan penggal kedua ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Daerah Tutong telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk ahli-ahli perpustakaan kanak-kanak dan muda-mudi.

Bermula 7 hingga 10 September, beberapa aktiviti berunsurkan pengetahuan laut diadakan dari jam 9:00 pagi.

Menurut salah seorang pegawai yang bertugas di DBP Tutong, Dayangku Hajah Safiah, aktiviti dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun seperti mewarna, bercerita melalui buku dan kuiz, kraf tangan dan mengenali bahasa kitani, manakala bagi ahli muda-mudi berumur 12 hingga 21 tahun disediakan aktiviti melukis kehidupan laut, meneka gambar, mewarna lukisan dan kraf tangan.

Katanya, aktiviti cuti persekolahan itu mendapat sambutan dengan kira-kira 50 penyertaan diterima yang terdiri daripada kanak-kanak dan muda-mudi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan di DBP Daerah Tutong.
Antara aktiviti yang telah dijalankan di DBP Daerah Tutong.

Ia antara lain bertujuan mengisi masa terluang kanak-kanak dan para belia muda dengan aktiviti yang tidak berfaedah, menimba ilmu dan belajar membaca bahan di perpustakaan dan ICT, di samping menggalakkan mereka agar suka dan gemar ke perpustakaan dan menjadi masyarakat yang berilmu, berpengetahuan serta berwawasan.

Selain itu, aktiviti tersebut juga dapat membiasakan mereka dengan kerja berkumpulan, memasyarakatkan budaya membaca, dan memanfaatkan kemudahan yang ada dalam perpustakaan.

ARTIKEL YANG SAMA