DBP terima kunjungan pelajar Singapura

DBP terima kunjungan pelajar Singapura

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Rombongan pelajar seramai 29 orang dari Sekolah Menengah Whitley Singapura telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

Lawatan rombongan yang diketuai guru mereka, Sarina binti Omar Bakti, itu adalah bertujuan untuk mempelajari dan mengetahui fungsi perpustakaan di Brunei Darussalam selain mendalami Bahasa Melayu.

Dalam lawatan itu, rombongan telah diberi taklimat oleh pegawai perpustakaan berkenaan mengenai fungsi dan latar belakang DBP yang sejak penubuhannya telah menerima ramai pengunjung yang semakin bertambah setiap tahun.

Rombongan pelajar Singapura ketika mendengar penjelasan pegawai perpustakaan mengenai latar belakang DBP.
Rombongan pelajar Singapura ketika mendengar penjelasan pegawai perpustakaan mengenai latar belakang DBP.

Jumlah peminjam buku dari bulan ke bulan turut mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Menurut DBP, selain menerima lawatan daripada warga sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, perpustakaan itu juga menerima kunjungan daripada para pegawai perpustakaan luar dan dalam negara khasnya dari negara-negara ASEAN bagi tujuan perkongsian maklumat dan pengetahuan serta pengalaman masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA