DBP terima kunjungan rombongan Malaysia

DBP terima kunjungan rombongan Malaysia

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Seramai 48 ahli Kelab Warga Emas Rakan Perpustakaan Negeri Pahang dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Srikandi cawangan Kuantan, Pahang semalam mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di ibu negara.

Rombongan dari Malaysia itu diketuai oleh Pengerusi PVATM, Mejar (B) Haji Abdul Salam bin Lazak.

Semasa lawatan, rombongan mendengarkan taklimat daripada Pegawai Perpustakaan DBP, Awang Mohd Helmi bin Mohd Yahya yang antara lain menerangkan tentang fungsi serta kemudahan yang terdapat di perpustakaan tersebut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Bahagian Perpustakaan DBP, Hajah Noreidah binti Haji Ibrahim seterusnya menjelaskan mengenai sejarah DBP dan juga kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua belah pihak.

Rombongan ketika mendengar taklimat daripada Awang Mohd Helmi mengenai fungsi dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan tersebut.
Rombongan ketika mendengar taklimat daripada Awang Mohd Helmi mengenai fungsi dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan tersebut.

Rombongan yang dalam rangka lawatan tiga hari ke negara ini juga akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah termasuk Kampong Ayer, Muzium Teknologi Melayu serta Pusat Kesenian dan Kraf tangan.

Selain itu, ahli-ahli PVATM juga akan menghadiri sesi dialog bersama Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam di Kementerian Pertahanan untuk berbincang serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

ARTIKEL YANG SAMA