DDMC adakan taklimat NASOP

DDMC adakan taklimat NASOP

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 12 Jan – Ahli-ahli Pusat Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Temburong, hari ini, telah menghadiri Taklimat Prosedur Tetap Operasi Bencana Kebangsaan (NASOP) yang berlangsung di Dewan Belalong Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong.

Turut hadir mendengar taklimat yang dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) berkenaan ialah Pengarah NDMC, Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu, Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ketua-ketua cawangan jabatan kerajaan Daerah Temburong.

Taklimat bertujuan untuk mengkongsikan mengenai prosedur pengurusan dalam menangani bencana, protokol dan tindakan yang akan dijanakan serta peranan dan tanggungjawab khusus kepada ahli-ahli DDMC di daerah ini.

Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli dan Haji Abdul Hamid ketika sesi taklimat NDMC di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong.
Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli dan Haji Abdul Hamid ketika sesi taklimat NDMC di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong.
Dua penceramah dari NDMC sedang memberi taklimat
Dua penceramah dari NDMC sedang memberi taklimat
Antara yang hadir pada taklimat tersebut.
Antara yang hadir pada taklimat tersebut.

Selain daripada itu, ia juga memberi ruang kepada ahli-ahli baru dalam menyuarakan persoalan atau kewahaman dalam pengembangan kurikulum nasional dan tindakan yang tepat dalam menangani masalah yang timbul berhubung kait dengan bencana.

Ia diharap akan memberi pengetahuan yang mendalam kepada ahli-ahli baru DDMC termasuk para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di daerah ini, sekali gus mengatasi permasalahan yang timbul berhubung kait dengan menangani bencana.

Majlis berkenaan diisi dengan taklimat mengenai NDMC termasuk peranannya pada sesi pagi dan latihan bagi ahli-ahli yang hadir pada sebelah petang.

ARTIKEL YANG SAMA