DDT FT muncul juara kejohanan futsal

DDT FT muncul juara kejohanan futsal

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Pasukan DDT FT baru-baru ini tampil juara di dalam kejohanan futsal sempena penutup Hari Raya 2016 bagi Daerah Temburong yang berlangsung di Kompleks Sukan Batu Apoi.

Pasukan berkenaan menang tipis kepada Pasukan Twin Star Junior dengan jaringan 1-0 untuk menjulang piala rebutan yang julung-julung kali diadakan itu. Tampil di tempat ketiga adalah Pasukan AMO yang menewaskan Pasukan EUREKA dengan jaringan 1-0 pada hari yang sama perlawanan akhir berkenaan.

Menurut daripada kenyataan penganjur, pertandingan itu merupakan wadah bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat dan menyemarakkan lagi semangat serta mengalakan budaya hidup sihat di daerah berkenaan.

Gambar ramai pemenang-pemenang dalam kejohanan berkenaan.
Gambar ramai pemenang-pemenang dalam kejohanan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA