De Boer teruja uruskan Inter Milan

De Boer teruja uruskan Inter Milan

ROM, 9 Ogos – Pengurus dari Belanda Frank de Boer, yang dikatakan bakal menggantikan Roberto Mancini di Inter Milan, memberitahu peminat kelab Serie A itu yang dia berharap ‘untuk bertemu mereka tidak lama lagi.”

De Boer, yang bertolak ke Milan semalam selepas kelab itu mengumumkan yang mereka sudah melepaskan Mancini.

Bakal pengendali baharu itu masih belum menandatangani perjanjian dengan kelab itu tetapi gergasi Nerazzuri sudah pun memuat naik video dalam Twitter dan Facebook rasmi kelab itu mengenai kehadiran De Boer.

“Hello peminat Inter. Saya sangat gembira berada di sini dan saya harap untuk berjumpa anda tidak lama lagi,” katanya.

De Boer, 46, yang meninggalkan Ajax pada penghujung musim lalu, ketika tiba di bandar utara Itali berkata; “Saya mengharapkan musim yang dipenuhi kejayaan.

Frank de Boer ketika tiba di Lapangan Terbang Linate, Milan kelmarin selepas diterima sebagai pengurus baru Inter untuk menggantikan Roberto Mancini. – AP
Frank de Boer ketika tiba di Lapangan Terbang Linate, Milan kelmarin selepas diterima sebagai pengurus baru Inter untuk menggantikan Roberto Mancini. – AP

Jumpa anda nanti esok di sidang media.” Kelab itu dijangka melakukan pengumuman rasmi mengenai pelantikannya hari ini.

Inter dijangka secara rasmi mengumumkan pelantikan beliau lewat hari ini. Pemain paling banyak meraih kap dalam sejarah pasukan bola sepak Belanda itu telah dikaitkan dengan kelab-kelab Liga Perdana Southampton dan Everton sebelum jawatan itu diisi.

Di Inter dia akan mempunyai masa kurang daripada dua minggu untuk mendapatkan pemain baru sebelum musim Serie A bermula menentang Chievo pada 21 Ogos.

Dalam pada itu, Mancini mengucapkan selamat tinggal kepada jalur biru dan hitam Inter Milan kelmarin selepas kelab mengesahkan pemergiannya ketika pemilik baru raksasa Serie A dari China dilaporkan bertekad untuk meremajakan semula pasukan.

Jurulatih berusia 51 tahun itu telah mengemudikan Inter selama dua tahun, setelah membimbing Inter menjulang tiga gelaran liga dan dua Coppa Italia pada musim antara 2004 dan 2008. – AFP