De Bruyne berangkat ke Manchester

De Bruyne berangkat ke Manchester

BERLIN, Jerman, 30 Ogos (AFP) – Perancang Belgium, Kevin de Bruyne terbang ke England semalam (waktu tempatan) dengan kelabnya, Wolfsburg dipercayai sudah bersetuju dengan perpindahan pemain itu ke Manchester City.

De Bruyne tidak beraksi semalam, ketika kelabnya menumpaskan Schalke, 3-0 yang meletakkan mereka di persada liga. Perpindahan pemain ini dijangka membabitkan sebanyak 54 juta pound.

Siaran televisyen S1 di sini, menunjukkan pemain itu menaiki pesawat peribadi di Braunschweig berhampiran Wolfsburg untuk ke Manchester pada kira-kira jam 10 semalam.

Kelmarin, Pengarah Wolfsburg, Klaus Allofs berkata” hanya ada beberapa perkara kecil yang belum diselesaikan dalam proses perpindahan”.

Jika perjanjian itu berjaya, ia akan memecahkan rekod perpindahan Bundesliga sebanyak 41 juta Euro ketika Liverpool membeli penyerang Brazil, Roberto Firmino daripada Hoffenheim pada Julai lalu.

De Bruyne adalah pemain terbaik Bundesliga pada 2014/2015 selepas membantu kelabnya memenangi Piala Jerman dan menduduki tangga kedua kejuaraan liga di belakang Bayern Munich selepas menjaringkan 16 gol.