De Bruyne boleh menjadi pemain bintang – Guardiola

De Bruyne boleh menjadi pemain bintang – Guardiola

MANCHESTR, United Kingdom, 18 Sept – Kevin De Bruyne dianggap hanya kedua jika dibandingkan dengan Lionel Messi, pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata kelmarin selepas pemain Belgium itu memberikan inspirasi kepada pasukannya dalam kemenangan 4-0 ke atas Bournemouth.

Bruyne meletakkan pendahulu Liga Perdana itu di depan dengan jaringan pintar melalui sepakan percuma pada minit ke-15 melepasi benteng pertahanan dan juga memainkan peranan dalam jaringan bagi Kelechi Iheanacho, Raheem Sterling dan Ilkay Gundogan.

Guardiola memenangi beberapa trofi bersama Messi ketika masa mereka bersama di Barcelona dan di matanya, pemain bintang Argentina itu sahaja yang boleh mengatasi De Bruyne.

“Mungkin Messi boleh duduk sendiri di meja. Namun, Kevin boleh menyertainya,” Guardiola memberitahu para pemberita di Stadium Etihad.

“Saya rasa dia pemain yang istimewa, pemain yang begitu menakjubkan. Dia boleh melakukan segala-galanya.

Kevin de Bruyne yang bermain dengan cemerlang dalam perlawanan tersebut. – AP
Kevin de Bruyne yang bermain dengan cemerlang dalam perlawanan tersebut. – AP

“Dia menentukan apa yang perlu anda buat pada masa yang sesuai setiap masa. Setiap masa dia melakukan keputusan yang tepat. Itu sebabnya dia merupakan seorang pemain yang berada di peringkat yang lain.

“Saya begitu bernasib baik dan kami amat bernasib baik kerana memilikinya. Kami akan menjaganya dan saya berharap dia akan menikmati masa bersama kami untuk memainkan bola sepak hebatnya.”

De Bruyne, 25, adalah pemain terbaik dalam kemenangan 2-1 City ke atas musuh setempat Manchester City minggu lepas, menjaringkan gol pembukaan dan memberikan umpanan kepada Iheanacho untuk melengkapkan jaringan.

Pemain kebangsaan Belgium itu telah menjaringkan 18 gol dan memberikan 16 umpanan buat City dalam 48 penampilan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA