De Bruyne cetus kebangkitan Belgium

De Bruyne cetus kebangkitan Belgium

PARIS, 13 Mei (AFP) – Kebangkitan Kevin De Bruyne untuk bergelar seorang daripada pemain tengah serangan terbaik dunia adalah bayangan pasukan Belgium yang muncul sebagai pasukan terbaik dalam ranking dunia 2015.

De Bruyne adalah penjaring terbanyak pasukan dengan lima gol – bersama Eden Hazard – membantu Belgium ke pusingan akhir Kejohanan Eropah sejak bersama menganjurkan temasya itu pada 2000.

Dia menawarkan kehebatan potensi ketika Red Devils mara ke suku akhir Piala Dunia 2014. Kehebatan pemain tengah itu sejak dua tahun lalu menaikkan tarafnya sebagai pemain elit yang membuatkan Manchester City membuat rekod baharu kelab menerusi pembelian 54 juta pound bagi mendapatkannya dari Wolfsburg.

“Seorang pemain bola sepak istimewa diperlukan untuk memperbaiki skuad kami dan saya tidak meragui bahawa Kevin ialah seorang daripadanya – dia memiliki semuanya, mental, fizikal, taktikal dan teknikal untuk segera berada dalam pasukan,” kata Manuel Pellegrini selepas perpindahan De Bruyne pada Ogos tahun lalu.

Kevin De Bruyne (depan) bersaing dengan Dani Carvajal dari Real Madrid dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester pada 26 April lalu. – AP
Kevin De Bruyne (depan) bersaing dengan Dani Carvajal dari Real Madrid dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester pada 26 April lalu. – AP

Bagaimanapun laluan De Bruyne untuk bergelar bintang bukanlah semudah dijangka selepas dia bergelar pemain profesional bersama Genk pada usia 17 tahun.

Persembahannya di kelab juara Belgium 2010-11 itu mencuri tumpuan Chelsea yang membayar 6.7 juta pound bagi membawa De Bruyne ke London, membina laluan antarabangsa sama seperti rakan sepasukan antarabangsa Hazard, Romelu Lukaku dan Thibaut Courtois.

Dia melalui musim yang hebat pada 2012-13 ketika dipinjamkan ke Werder Bremen dalam Bundesliga, namun ia tidak berkekalan selepas enam bulan yang sukar di Stamford Bridge dengan hanya sembilan penampilan di bawah kendalian Jose Mourinho.

ARTIKEL YANG SAMA