De Bruyne kecewakan Sevilla

De Bruyne kecewakan Sevilla

MANCHESTER, United Kingdom, 22 Okt – Jaringan pada masa tambahan Kevin De Bruyne memberikan Manchester City tiket ke pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara selepas menewaskan Sevilla 2-1 dengan bergaya di Stadium Etihad semalam.

Perlawanan menarik yang dilihat hampir seri selepas jaringan sendiri Adil Rami telah membatalkan jaringan pembukaan Yevhen Konoplyanka untuk Sevilla pada minit ke-30, yang hanya menyaksikan De Bruyne mendapatkan hantaran dari Yaya Toure dan melepaskan ledakan dengan kaki kiri beberapa saat sebelum tamat.

City adalah kedua terbaik ketika menentang juara Liga Europa itu tetapi jaringan De Bruyne membolehkan mereka untuk melonjak tiga mata di depan pesaing dari Sepanyol itu dalam Kumpulan D dan menghampiri pendahulu Juventus dengan satu mata.

“Kami memperbaiki sedikit pada 10 minit terakhir dan memiliki ciri-ciri untuk memenangi perlawanan,” kata pengurus City, Manuel Pellegrini, yang mana pasukannya akan mengunjungi Manchester United Ahad ini.

“Kami cuba untuk membuat beberapa perubahan kerana kami tidak dapat memasuki kotak mereka. Sebab itu kami meletakkan Kevin di depan bersama Yaya. Itulah yang membawa kepada jaringan tersebut.”

Kevin De Bruyne menjaringkan gol kedua Manchester City semasa menentang Sevilla di Stadium Etihad semalam. – Reuters
Kevin De Bruyne menjaringkan gol kedua Manchester City semasa menentang Sevilla di Stadium Etihad semalam. – Reuters

Pasukan Pellegrini sekarang menghadapi dua perlawanan sukar pada fasa kumpulan, di gelanggang luar menentang Sevilla dan kemudian Juventus, yang menang 2-1 di Etihad bulan lalu, tetapi mereka akan membuat perjalanan dengan penuh harapan selepas kemenangan keempat dalam 13 perlawanan Liga Juara–Juara di gelanggang sendiri.

“Anda tidak boleh merasa malas pada akhir perlawanan,” kata jurulatih Sevilla, Unai Emery. “Anda bukan hanya akan berhenti pada minit ke-90 tetapi saya menyatakan ia adalah pengalaman positif malam ini – sebahagian daripada perantisan kami sebagai sebuah pasukan.” – AFP