De Bruyne mampu menyinar bersama City

De Bruyne mampu menyinar bersama City

MANCHESTER, 14 Ogos (Reuters) – Kapten Manchester City, Vincent Kompany menggambarkan Kevin De Bruyne sebagai pemain yang luar biasa dan mampu menjadi pembelian terbaik di Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah Wolfsburg, De Bruyne kuat dikaitkan dengan perpindahan ke City sepanjang musim panas ini dan Kompany yakin pemain kelahiran Belgium itu sebagai tambahan yang hebat di Etihad andai perpindahan itu menjadi kenyataan.

“Biar saya meletakkannya seperti ini, dia (De Bruyne) jelas tidak akan menjadikan pasukan ini bertambah lemah. Dia adalah pemain yang luar biasa,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

“Pasukan kami boleh menjadi lebih kuat dengan meletakkan semua orang di landasan yang betul. Pemain seperti Raheem (Sterling) dan (Fabian) Delph daripada apa yang saya lihat, akan memberikan kami sesuatu yang berbeza,” katanya.

Kompany dalam pada itu mengakui dia dan beberapa rakan sepasukannya tidak beraksi dengan baik musim lalu dan bertekad untuk memperbaikinya.

“Kami memiliki ramai pemain, dan saya adalah salah seorang daripadanya, terutama pada penghujung musim lalu, di mana saya tidak beraksi dengan baik.

“Jika mereka melakukannya, ia seperti kami memiliki enam atau tujuh pemain baharu. Kemudian barulah kami memiliki skuad yang kuat,” kata pemain antarabangsa Belgium itu.

City dijadual menentang juara EPL, Chelsea hujung minggu ini dan ironinya, De Bruyne adalah bekas pemain The Blues.

Mengulas kedudukan City yang dilabel pasukan bukan pilihan pada perlawanan terbabit, Kompany berkata mereka boleh menganggap perkara itu sabagai kelebihan.

ARTIKEL YANG SAMA