De Bruyne rehat 10 minggu

De Bruyne rehat 10 minggu

LONDON, 29 Jan – Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne berkata dia bakal diketepikan selama 10 minggu selepas mengalami kecederaan lutut dan buku lali ketika kemenangan pusingan separuh akhir Piala Liga.

“Baru balik daripada bertemu pakar. Saya tidak dapat bermain lebih kurang 10 minggu,” kata pemain dari Belgium itu dalam laman sosial Twitter.

“Saya akan berusaha keras dalam pemulihan nanti dan berharap dapat kembali ke padang secepat mungkin. Terima kasih semua untuk mesej sokongan anda!”

Semalam, ejen de Bruyne, Patrick de Koster berkata pemain itu dikatakan tidak dapat bermain selama enam minggu sahaja.

Ketiadaannya nanti menyebabkan dia tidak dapat bermain dalam pusingan akhir Piala liga pada 28 Februari ini menentang Liverpool dan juga perlawanan 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara menentang Dinamo Kiev.

Kevin De Bruyne mendapat kecederaan ketika menentang Everton pada pusingan kedua separuh akhir Piala Liga. – Reuters
Kevin De Bruyne mendapat kecederaan ketika menentang Everton pada pusingan kedua separuh akhir Piala Liga. – Reuters

Dia bagaimanapun boleh bergelut untuk segera cergas bagi menyertai suku akhir Liga Juara-Juara pada April ini jika City berjaya melangkah ke pusingan itu.

Pemain Belgium itu mencipta gol kontroversi apabila dia menjaringkan gol selepas memperoleh hantaran Raheem Sterling yang dilihat sudah pun terkeluar garisan permainan dan membantu satu lagi gol ketika kemenangan 3-1 City kepada Everton di Etihad, awal pagi semalam.

Tetapi ketika penghujung perlawanan, pemain berumur 24 tahun itu terpaksa diusung keluar padang apabila terjatuh sebelum City mengakhiri kejayaan dengan agregat 4-3. De Koster berkata, bintang Belgium itu kecewa dengan berita kecederaan tersebut.

“Kevin tengah bersedih. Impiannya adalah untuk selalu bermain bola sepak. Dia akan merindui perlawanan seperti final Piala Liga dan dalam Liga Juara-Juara, yang mana adalah penting, kata de Koster kepada Sky Sports News. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA