De Bruyne tidak diturunkan dalam pertembungan Celtic

De Bruyne tidak diturunkan dalam pertembungan Celtic

GLASGOW, 28 Sept – Kevin De Bruyne tidak akan beraksi bersama Manchester City bagi persaingan Liga Juara-Juara dalam kunjungan mereka ke Galsgow menentang Celtic, pengurusnya Pep Guardiola mengesahkan menjelang perlawanan itu.

“Kevin tidak mengalami kecederaan teruk dalam dua minggu setengah atau tiga minggu, mungkin dia akan bersedia,” kata Guardiola di Celtic Park semalam.

Pemain utama Belgium itu mengalami kecederaan hamstring menghampiri penghujung perlawanan yang dimenangi City 3-1 di Swansea City dalam aksi Liga Perdana pada Sabtu lalu yang mengekalkan permulaan sempurna mereka musim ini.

Jika De Bruyne tidak beraksi selama tiga minggu, ia bermakna aksi kembali selepas rehat antarabangsa bulan Oktober bagi perlawanan Liga Juara-Juara City seterusnya di Barcelona.

Pemain bintang Manchester City, Kevin de Bruyne tidak akan dimainkan dalam perlawanan menentang Celtic. – AP
Pemain bintang Manchester City, Kevin de Bruyne tidak akan dimainkan dalam perlawanan menentang Celtic. – AP

City akan beraksi tanpa Fabian Delph dan Vincent Kompany bagi persaingan Kumpulan C ketika mereka bersedia untuk terus bangkit menerusi kemenangan 4-0 ke atas Borussia Moenchengladbach.

Celtic memulakan kempen mereka dengan mengalami kekalahan dalam persaingan Eropah, tewas 7-0 di Barcelona.

Dengan rentak City, kebanyakan akan merasa takut keadaan buruk bagi juara Scotland itu tetapi Guardiola tahu persekitaran unik Parkhead akan bertindak sebagai sesuatu yang menarik.

“Semua orang bercakap kepada saya mengenai persekitaran itu, saya bersedia untuk beraksi di sini. Saya tahu bagaimana kekuatan mereka,” kata Guardiola ketika dia bersedia untuk beraksi di East End, Glasgow buat kali pertama selepas mengambil alih teraju kelab pada awal musim. – AFP