De Gea pemain terbaik United 2016

De Gea pemain terbaik United 2016

MANCHESTER, 4 Mei (Agensi) – Penjaga gol, David de Gea merangkul anugerah Pemain Terbaik Manchester United sekali gus muncul pemain pertama memenanginya buat kali ketiga berturut-turut.

Pemain pertahanan, Chris Smalling pula dinamakan Pemain Terbaik Pemain-Pemain dalam anugerah yang dilakukan oleh kelab penyokong kelab gergasi Inggeris itu.

Sepanjang kempen musim ini, penjaga gol kelahiran Sepanyol itu banyak melakukan aksi menyelamat terbaik bagi membolehkan United meraih mata penting.

“Adalah satu kebanggaan untuk menerima anugerah ini sekali lagi. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang, kami mempunyai peminat terbaik di dunia,” kata De Gea.

David de Gea merangkul anugerah Pemain Terbaik Manchester United sekali gus muncul pemain pertama memenanginya buat kali ketiga berturut-turut. - AFP
David de Gea merangkul anugerah Pemain Terbaik Manchester United sekali gus muncul pemain pertama memenanginya buat kali ketiga berturut-turut. – AFP

Pemain berusia 25 tahun itu hampir menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid musim panas lalu sebelum perjanjian itu gagal disebabkan tarikh tutup perpindahan, sesuatu yang jelas melegakan pengurus, Louis van Gaal.

“Semua orang tahu dia dijemput ke Madrid,” kata Van Gaal. “Teman wanitanya menetap di Madrid, keluarga, Sepanyol dan Real Madrid adalah kelab yang hebat namun dia masih di sini dan sebagai pengurus, saya amat gembira dan dia layak menerima anugerah ini.”

Smalling yang cemerlang di benteng terakhir United musim ini berkata; “Ia adalah penghormatan yang besar untuk memenangi anugerah ini. Beberapa nama besar pernah memenanginya, jadi nama saya tersenarai adalah penghormatan yang besar.”

ARTIKEL YANG SAMA