De Gea tidak dijual musim ini

De Gea tidak dijual musim ini

LONDON, 23 Ogos (AFP) – Louis van Gaal mendakwa penjaga gol Manchester United David De Gea tidak akan dijual kepada Real Madrid sebelum berakhirnya jendela perpindahan.

De Gea sekali lagi akan diketepikan apabila United menentang Newcastle di Old Trafford kerana Van Gaal berpendapat pemain Sepenyol itu tidak mempunyai fokus yang tepat.

Menurut laporan di Sepanyol, Real akan membuat percubaan terakhir mendapatkan De Gea yang akan berakhir kontraknya tahun depan sebelum musim perpindahan berakhir 1 September ini.

Namun selepas seminggu apabila reputasi United tercemar akibat keputusan pemain sayap Barcelona Pedro Rodriguez mengetepikan United untuk menyertai Chelsea, Van Gaal tampil garang pada sidang media sebelum perlawanan.

Van Gaal belum membuat keputusan untuk menjual De Gea. – Reuters
Van Gaal belum membuat keputusan untuk menjual De Gea. – Reuters

Pengurus Belanda itu menegaskan tarikan United masih kuat ketika pada masa sama cuba mengikat De Gea, pemain terbaik selama dua musim.

“Saya fikir apabila Manchester United mahu menjual pemain, dia akan datang apatah lagi bila kelab enggan menjual pemain,” kata Van Gaal.

“Begitu juga dengan kami. Kami tidak menjual De Gea.”

ARTIKEL YANG SAMA