De Rossi lonjak Itali ke puncak kumpulan

De Rossi lonjak Itali ke puncak kumpulan

MILAN, 7 Sept (AFP) – Jaringan sepakan penalti separuh masa pertama Dnaiele De Rossi membolehkan Itali menewaskan Bulgaria 1-0 di Palermo semalam untuk menghampiri Euro 2016.

Tiga hari selepas kemenangan 1-0 ke atas Malta menerusi jaringan kemenangan Graziano Pelle, Itali melangkah ke puncak kelayakan Kumpulan H di depan Norway. Norway menewaskan Croatia 2-0 di Oslo dan ketinggalan dua mata di belakang Itali dengan baki dua perlawanan.

Sabtu lalu, Conte menyuarakan kejutan ke atas kritikan terhadap persembahan Andrea Pirlo dalam kemenangan 1-0 Azzurri ke atas Malta.

Namun bekas jurulatih Juventus itu tunduk kepada keputusan sebulat suara apabila meletakkan midfield New York City FC itu di bangku simpanan untuk menurunkan pemain midfield Roma, De Rossi.

Daniele De Rossi menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Bulgaria di stadium Renzo Barbera di Palermo, semalam. – Reuters
Daniele De Rossi menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Bulgaria di stadium Renzo Barbera di Palermo, semalam. – Reuters

Conte membuat perubahan serta-merta dengan Antonio Candreva – yang memberikan umpanan bagi gol kemenangan Pelle di Florence – diturunkan dari bangku simpanan menggantikan Manolo Gabbiadini dan penyerang Monaco Stephan El Shaarawy menggantikan Elder di bahagian kiri dalam formasi 4-3-3.

Itali bermula dengan baik selepas beberapa saat untuk menyaksikan El Shaarwy hampir menjaringkan gol dengan sepakan menarik yang melepasi palang selepas Pellememaksa Bozhidar Mitrev menyelamatkan keadaan. –

ARTIKEL YANG SAMA