De Rossi mungkin tidak beraksi dalam suku akhir

De Rossi mungkin tidak beraksi dalam suku akhir

MARSEILLE, 1 Julai (AFP) – Pemain tengah Itali Daniele De Rossi dijangka tidak dapat beraksi pada suku akhir Euro 2016 akibat kecederaan apabila berdepan juara dunia Jerman, awal pagi Ahad ini waktu Brunei.

De Rossi adalah tonggak kekuatan skuad kendalian Antonio Conte yang melakukan kejutan dengan menjuarai saingan Kumpulan E dan kemudian menyingkirkan juara bertahan Sepanyol, Isnin lalu.

De Rossi mengalami kecederaan paha kanan serius ketika membantu pasukan menang 2-0 ke atas Sepanyol. Doktor pasukan Itali Enrico Castellacci berkata, pemain tengah Roma itu dijangka diketepikan pada pertembungan di Bordeaux.

“Situasinya amat serius,” kata Castellacci. “Kami berusaha sedaya upaya untuk membantunya pulih semula. Tapi, kami tidak boleh memberi sebarang jaminan.”

Lebih memeritkan, pemain sayap Lazio Antonio Candrea juga tidak dapat bersama pasukan.

Pemain tengah Itali, Daniele De Rossi. – AFP
Pemain tengah Itali, Daniele De Rossi. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Candreva, salah seorang pemain Itali yang menyerlah ketika menang ke atas Belgium dalam perlawanan pembukaan mengalami kecederaan hasmtring pada perlawanan kedua kumpulan dengan menewaskan Sweden 2-0.

Castellacci berkata, pemain itu berusaha keras untuk kembali cergas. “Kecederaannya semakin pulih tapi belum cukup untuk dia kembali bersama pasukan.

“Dia semakin baik tapi tidak sembuh sepenuhnya.”

Ketiadaan pemain tengah Thiago Motta menambah pening Conte ketika Itali ingin melebarkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah ke atas Jerman di kejohanan utama.