De Souza rangkul juara dunia sukan luncur

De Souza rangkul juara dunia sukan luncur

HAWAII, 18 Dis (Reuters) – Adriano de Souza mengekalkan gelaran dunia luncur apabila dimahkotakan juara pada acara akhir dalam jelajah pro, Pipe Masters di Hawaii, semalam.

Bersaing di Pipeline di utara persisiran Oahu, de Souza memenangi gelaran itu dengan mara ke final menentang pesaing Gabriel Medina, yang menjadi juara dunia pertama Brazil pada tahun lepas.

De Souza menewaskan Median pada perlawanan akhir dan menjadi warga Brazil yang pertama memenangi gelaran berprestij Pipe Masters.

Atlet itu, 28, berterima kasih kepada adiknya yang telah meninggal kerana membelikannya papan luncur pertamanya yang berharga AS$7 dan menetapkannya ke laluan gelaran dunia.

“Ia menarik untuk menjadi juara dunia,” katanya selepas diraikan di pantai oleh peminat Brazil.

Adriano de Souza ketika meraikan kemenangan Gelaran Liga Luncur Dunia di Oahu, Hawaii. – Reuters
Adriano de Souza ketika meraikan kemenangan Gelaran Liga Luncur Dunia di Oahu, Hawaii. – Reuters

“Ia adalah bonus tambahan, untuk menjadi juara…segala yang saya pelajari dalam 10 tahun jelajah, saya gabungkan.”

Medina mengetuai ‘Brazilian Wave” selepas gelaran dunianya pada 2014, memberikan inspirasi kepada sekumpulan peluncur muda dari Amerika Selatan yang mula memberikan tanda dalam jelajah dunia, mengatasi cengkaman peluncur Australia dan Amerika.

Tempat kedua di belakang de Souza semalam sudah cukup untuk menjadi Medina warga Brazil pertama untuk memenangi “Mahkota Berganda” sebagai peluncur dengan kutipan mata tertinggi dari tiga pertandingan di Hawaii di Haleiwa, Sunset dan Pipeline.

Peluncur Brazil dan Australia mengungguli tujuh kedudukan teratas dalam senarai, dengan juara dunia tiga kali, Mick Fanning menamatkan tangga kedua.