Debar hati dan aksi bersatu

ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

 

MENGGANDINGKAN pelakon terkemuka seperti Aaron Aziz, Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Erra Fazira, My Darling Inspektor Daniel merupakan sebuah drama arahan Aziz M Osman yang ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria.

Ia mengisahkan mengenai Inspektor Daniel lakonan Aaron Aziz yang berpindah ke balai polis baru.

Inspektor Daniel yang biasa bekerja berseorangan diarahkan oleh ASP Maria lakonan Erra Fazira untuk bekerja dengan Inspektor Hannah lakonan Siti Elizad, yang mula menaruh perasaan kepadanya.

Di samping itu, Inspektor Daniel juga tinggal dirumah adiknya Danish Haikal lakonan Dazrin Kamarudin, jiran kepada Maya iaitu seorang model.

Maya turut jatuh hati terhadap Inspektor Daniel dan mula mendekatinya. Inspektor Daniel pula semakin rapat dengan Inspektor Hannah.

Siri drama My Darling Inspektor Daniel menggabungkan elemen aksi dan kisah romantik.
Siri drama My Darling Inspektor Daniel menggabungkan elemen aksi dan kisah romantik.

Sementara itu, Maya paranoid apabila “stalker” mula cuba dekatkan diri dengannya. Maya mengambil keputusan untuk buat laporan polis dan Inspektor Daniel ditugaskan untuk menguruskan kes itu.

Inspektor Daniel dan Maya pula mula rapat sehingga menyebabkan Inspektor Hannah cemburu.

Di samping menyajikan elemen tipikal mengenai kisah percintaan, siri drama ini juga turut menerapkan unsur aksi menarik yang juga cukup mendebarkan.

Lalu apakah kesudahan kisah siri drama yang menyajikan latar kehidupan polis ini dan sekiranya anda ingin mengetahui siapakah bakal menjadi pilihan hati kepada Inspektor Daniel jangan terlepas untuk terus menonton siri drama My Darling Inspektor Daniel yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.